Bab 8

BAB8

PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

HASIL PEMBELAJARAN

  • Memahami perkembangan sistem pendidikan vernakular di Malaysia
  • Menghayati kepentingan sistem pendidikan sebagai alat untuk memupuk perpaduan
  • Menilai pendidikan ke arah kesepaduan sosial

PENGENALAN
  • Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa dan dlaksanakan di Perancis, Amerika Syarikat, Indonesia dan Thailand
  • Namun di Malaysia terdapat Sistem Pendidikan Vernakular atau jenis kebangsaan.
  • Ia menggalakkan pemisahan kanak-kanak dari etnik lain
  • Sukar untuk mencapai kesepaduan sosial.
  • Sekolah kebangsaan boleh mensosialisasikan mereka dan membuatkan mereka mengamalkan sikap tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

KOMUNITI CINA
  • Penghijrahan Cina bermula abad ke3 Masihi.
  • Confucius menekankan pendidikan dan harta mampu mengubah nasib.
  • Sebelum 1900 - pendidikan Cina klasik
  • Bahasa pengantar, sukatan pelajaran dan buku teks berdasarkan kepada negara Cina.
  • Dibiayai oleh Persatuan Peniaga China dan dilindungi oleh Persatuan Cina
  • 1920an  - fahaman komunis meresap masuk ke Tanah Melayu menerusi sekolah vernakular Cina.
  • Oleh itu British menggubal Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal pendidikan vernakular Cina.

KOMUNITI INDIA
  • Penghijrahan komuniti India pada 1880-1890 untuk memenuhi kehendak pasaran getah Brtish.
  • British menyediakan sekolah vernakular Tamil di estet.
  • Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar, sukatan pelajaran dan tenaga pengajar dari India.
  • Kurang sambutan.
  • Tidak berperluang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran British.

SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS
  • Bermula dengan Penang Free School 1816.
  • Dikuasai oleh mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Komuniti Cina dan India di bandar dan kelas atasan Melayu diberi keutamaan.
  • Berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti.
  • Berpeluang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Inggeris.

ERA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU (1800-1945)
  • 4 bentuk pendidikan semasa penjajahan British:
    • Pendidikan Inggeris
    • Pendidikan vernakular Melayu bawahan
    • Pendidikan vernacular Cina
    • Pendidikan vernacular India
  • Ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh.
  • Sekolah Verrnakular Melayu di Melaka, Pulau Pinang dan Seberang Prai pada 1862.
  • Perkara asas: Membaca, mengira, menulis dan pertanian bagi memenuhi kehidupan luar bandar.

ERA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU (1800-1945)
  •  British memisahkan pelajar dengan membenarkan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
  • Setiap etnik mempertahankan sistem pendidikan vernakular
  • Semasa pendudukan Jepun (1942-1945) pendidikan Inggeris dan Cina disekat dan tidak mengganggu pendidikan Melay
  • Melayu mundur dalam pendidikan sementara etnik Cina boleh menyambung pelajaran ke peringkat menengah dan universiti.
  • Faktor Melayu kurang peluang pendidikan:
    • Adat resam dan agama Islam -Elakkan diajar oleh Mubaligh Kristian
    • Sekolah di bandar
    • Yuran tinggi

DASAR CHEESEMAN 1946
  • Anti pati utama:
  • Sekolah rendah percuma dan menggunakan bahasa ibunda.
  • Pendidikan Inggeris didedahkan di peringkat rendah
  • Pendidikan sama untuk golongan wanita
  • Etnik Cina meminta diberi peluang sama untuk memasuki sekolah Ingeris
  • Gagal kerana kekurangan tenaga pengajar untuk sekolah Inggeris

JAWATANKUASA CAR-SAUNDERS 1947
  • Untuk merangka pendidikan tahap universiti.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Sukar dicapai kerana etnik Cina juga mahukan bahasa mereka dilindungi.
  • Golongan berpendidikan Melayu tradisi menolak kerana tahap pendidikan masih rendah
  • Sementara golongan Melayu berpendidikan Inggeris setuju dan meminta diberi peluang dalam pentadbiran.

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949
  • Matlamat – untuk memupuk penyatuan dalam masyarakat majmuk bagi membina sebuah negara bangsa baharu yang merdeka.
  • Diwakili oleh Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingham
  • Kaedah perpaduan:       
  • Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diajar di sekolah
  • Sekolah kebangsaan untuk menyatukan semua kaum
  • Bahasa ibunda masing-masing diajar
  • Sukar dicapai kerana semua etnik masih mempertahankan sistem pendidikan vernakular.
  
LAPORAN BARNES 1951
  • Dipengerusikan oleh L.J. Barnes dari Universiti Oxford.
  • Matlamat – menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu.
  • Mencadangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah untuk memupuk perpaduan.
  • Sekolah vernakular dicadangkan dimansuhkan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
  • Di peringkat menengah bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Tidak berjaya kerana penentangan dari kaum bukan Melayu.

LAPORAN FENN-WU 1951
  • Dipengerusikan oleh:
  • William P. Fenn – ahli Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina
  • Wu The-Yao – pakar dari PBB.
  • Tujuan – menyemak semula sistem pendidikan komunti Cina
  • Tiga usul mempertahankan sekolah cina
    • Sekolah Cina tidak boleh dihapuskan kerana bahasa Cina bahasa terbesar dunia
    • Sekolah Cina tidak  boleh memfokuskan pendidikan negara Cina lagi
    • Sentimen kuat mempertahankan bahasa masing-masing menyulitkan usaha ke arah kesepaduan sosial.

ORDINAN PENDIDIKAN 1952
  • Menetapkan bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.
  • Sekiranya lebih 15 pelajar bukan Melayu, boleh guna bahasa ibunda.
  • Tujuan menjadikan pendidikan sebagai usaha kesepaduan sosial sukar kerana setiap etnik mahukan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar

LAPORAN RAZAK 1956
  • Dijadikan sebagai Dasar Pendidikan Pertama.
  • Usul utama:
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah
    • Sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa ibunda
    • Menggunakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama
    • Bahasa Melayu sebagai kursus wajib
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti
    • Kerajaan bertolak ansur mengekalkan penggunaan bahasa ibunda

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
  • Dijadikan sebagai akta Pendidikan 1961
  • Usul utama:
    • Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan universiti
    • Seragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan
    • Pendidikan teknik dan vokasional diperkenalkan
    • Pendidikan moral dan agama ditekankan

SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH VERNAKULAR
  • Semuanya sama kecuali sukatan pelajaran sekolah jenis lebih senang.
  • Falsafah Pendidikan Negara - untuk melahirkan pelajar seimbang dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  • Ibubapa bebas menghantar anak ke mana-mana sekolah
  • Sudah ramai ibubapa Melayu menghantar anak ke sekilah jenis dan ibubapa Cina dan India menghantar anak ke sekolah kebangsaan.
  • Sekolah kebangsaan menjadikan pelajar lebih terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain
  • Thailand, Singapura dan Indonesia mempunyai sekolah kebangsaan sahaja,

PENDIDIKAN MENENGAH
  • Pelajar dari sekolah jenis kebangsaan ditempatkan ke kelas peralihan di sekolah menengah kebangsaan selama setahun untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu.
  • Pendidikan Menengah Kebangsaan: Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Teknik dan /vokasional, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Seni dan Sukan
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • MRSM beri kuota untuk pelajar bukan Melayu untuk memberi peluang kepada proses integrasi:
    • Mereka berinteraksi
    • Mempelajari budaya dan memahami hak etnik lain
    • Persaingan sihat
    • Memahami budaya pelajar Melayu yang bersolat lima waktu sehari semalam
    • Hormat rakan rakan Melayu yang berpuasa
    • Memahami tata cara atau budaya pelajar bukan Melayu

SEKOLAH WAWASAN
  • Iaitu sekolah awam berkongsi kemudahan awam yang sama.
  • Dua tiga sekolah rendah berlainan aliran ditempatkan dalam kawasan yang sama.
  • Malangnya tidak mendapat sambutan etnik bukan Melayu kerana takut akan melunturkan penguasaan bahasa ibunda.
  • Tujuan:
    • Mewujudkan perpaduan
    • Memupuk semangat integrasi antara murid dari aliran berlainan
    • Mewujudkan sifat toleransi
    • Menggalakkan interaksi yang maksimum melalui perkongsian kemudahan awam
  •  Contoh Sekolah Wawasan:
    • Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi:
    • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
    • Kompleks Sekolah Wawasan  Taman Aman, Alor Setar, Kedah
    • Kompleks Sekolah Wawasan  Tasik Permai, Pulau Pinang
    • Kompleks Sekolah Wawasan  USJ, Subang Jaya, Selangor
    • Kompleks Sekolah Wawasan  Pundut, Seri Manjung, Perak

PENDIDIKAN PRAUNIVERSITI
  • Tingkatan enam selama 2 tahun dan pelajar akan mengambil  STPM
  • Matrikulasi selama satu atau dua tahun dan 90% diperuntukkan kepada pelajar Melayu.
  • Meritokrasi diperkenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan.

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

CABARAN DALAM PENDIDIKAN DAN BAHASA
  • Isu sekolah vernakular selalu menjadi kontroversi.
  • Dong Jiao Zong (bahasa Cina: 董教总) dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia[1] merupakan sebuah persatuan yang menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di sekitar Malaysia…mengatakan:
    • Sekolah vernakular tidak pernah mengakibatkan pergaduhan kaum
    • Sekolah Cina pertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa
    • Pelajar Sekolah Cina lebih mudah bergaul dengan etnik Melayu dari pelajar cina di sekolah kebangsaan

CABARAN DALAM PENDIDIKAN DAN BAHASA
  • Tiga Rukun politik Cina:
    • Mempertahankan pendidikan Cina sama dengan perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.
    • Mempertahankan penerbitan akhbar Cina..paling banyak dibandingkan dengan akhbar bahasa lain
    • Mempertahankan persatuan Cina (huatuan) – 8000
  • Persatuan guru-guru Cina di Kuala Lumpur meminta bahasa Cina , bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diberi layanan sama dan disenaraikan sebagai bahasa rasmi dan pendidikan cina hendak dijadikan sebagai satu daripada aliran pendidikan negara.

KOMITMEN KERAJAAN
  • Datuk Seri Najib semasa menjadi Menteri Pelajaran telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang membolehkan menutup atau memansuhkan sekolah jenis kebangsaan pada tahun 1995 digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
  • Khoo 2008 – sekolah vernakular pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan etnik Cina dan India belajar tentang asal-usul negara mereka, tetapi hari ini mereka telah menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya keadaan sedemikian tidak perlu diwujudkan lagi
  • Ramon Navaratnam – kerajaan sepatutnya mewujudkan satu sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan dan penampilannya menarik etnik Cina dan India.

KESIMPULAN
  • Ramai berhujah bahawa kepelbagaian sebagai satu kekuatan, namun telalu banyak perbezaan juga tidak membawa kepada kebaikan.
  • Kerajaan perlu mencari titik persamaan untuk memenuhi matlamat gagasan 1 Malaysia.
  • Persamaan itu hanya akan dapat dicapai dengan memahami dan bekongsi matlamat wawsan negara dalam kalangan rakyat dan diterajui oleh barisan kepemimpinan yang sentiasa berpegang kepada slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”.


No comments:

Post a Comment